Posts

Khidmat Komuniti Pulau Ketam

Laporan fasa perancangan, semasa dan selepas mengikuti program khidmat komuniti (apa yang dirancang, apa yang berlaku, apa yang diperhatikan, apa isu yang dikenalpasti, siapa komuniti) Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum pergi membuat khidmat komuniti sedemikian. Antaranya ialah aktiviti yang boleh dijalankan semasa membuat lawatan sedemikian, oleh kerana penduduk di kawasan tersebut kebanyakannya berbangsa cina. Antara aktiviti yang kami rancangkan terlibatlah 'movie night' dan kuiz yang mementingkan komunikasi dua hala. Pada fasa perancangan sebelum pergi ke Pulau Ketam, banyak  aktiviti membeli-belah seperti membeli barang masakan dan cenderahati  telah dijalankan untuk kegunaan akitiviti sosial kami. Kumpulan saya (Maisarah dan Zulfaqar) yang melibatkan kerja menguruskan makanan telah menyediakan menu makanan untuk sarapan pagi hinggalah makan malam. Hal ini sedemikian kerana, susah untuk mendapati makanan halal di tempat itu. Oleh kerana saya sudah biasa...